Thursday, August 16, 2012

Next War!!!

Our next journey to Johor Bahru in 13 October 2012 in Stopzone Studio Larkin ..

Our war called Headbanging Sampai Berdarah mmxii organized by Angkatan Metal Selatan.

This is our 3rd time perform in Johor Bahru..This war we will struggle with  other armies like Atrocious, Sindraz,  Bahajang, Wreckar, Diemorecrusht  and Tussock .

Thanks to Eddie (The Four Horseman) for recommend us for this war..

Are are ready metalhead.. See you there. Beware!!!


Sunday, August 12, 2012

Unpublish from Unknown

Triumph Ov Fire (TOF) sudah meniti perjalanan kini untuk usia selama dua tahun lebih. Walaupun masih dianggap baru tetapi mereka begitu giat aktif dalam meriliskan material. Rock Angel adalah vokalis yang masih bersama TOF setelah berlaku beberapa pertukaran line up sebelum ini. Ditubuhkan dari Melaka pada awal tahun 2010 dengan memulakan promo lagu mereka iaitu “Story Of Your Roses” dan “Meditation”. Kemudian menyertai ‘Sounds Of Anatasha Compilation’ dan terus disusuli ep pertama mereka iaitu ‘In The Name Of Black Principle’. Berbekalkan melodic black metal yang dibawakan mereka selari dengan imej yang ditampilkan, TOF terus melancarkan pula DVD ‘Where The Journey Begins’ yang memaparkan sejarah penubuhan dan rakaman persembahan awal mereka bagi memperkenalkan lagi Triumph Ov Fire terhadap peminat mereka pada tahun berikutnya. Kemudian sekali lagi menyertai ‘Born In Darkness Compilation Vol 4’. Pada tahun yang sama mereka mengeluarkan kembali ep pertama mereka ‘In The Name Of Black Principle’ untuk edisi keduanya setelah edisi pertamanya habis dijual. Memuatkan juga tiga lagu bonus iaitu “Circle Ov The Tyrant” dan dua lagu lama promo awal mereka tersebut.
Terkini Triumph Ov Fire yang dianggotai oleh Rock Angel (vokalis), Erik 666 (gitar), Tetrasiel (gitar), Jaadi (bass), Black Orchivus (keyboard), dan Leviathan (dram). Bakal meriliskan ep kedua mereka yang diberi judul ‘Pure Serphent Misanthropic’ pada tahun ini dan sudah memulakan beberapa rakaman lagu. Menurut Rock Angel lagu “Intro”, “Triumph Ov Fire”, dan sebuah lagu yang belum diberi judul telah pun dirakamkan antaranya. Apabila ditanya mengenai kelainan yang bakal ditampilkan dalam ep kedua ini, ianya masih mengekalkan melodic dalam muziknya tidak seperti sebelum ini yang lebih ke arah atmospheric black metal. “perubahan yang ketara adalah dari segi sound dan penulisan lagu dan sudah pastinya liriknya ke arah evil dan pasti terdapat kekeliruan peminat terhadap TOF” Jelas Rock Angel. Malah menurutnya lagi lirik mereka agak berbeza sebelum ini dan apa yang penting adalah keberaniannnya dalam mengajak pendengar berfikir dalam setiap lagu yang akan diperdengarkannya nanti. Tahun ini juga mereka bakal menyertai dan mengeluarkan beberapa split album bersama beberapa kumpulan dari Malaysia, Indonesia, dan Singapura yang akan dikeluarkan oleh label mereka Trooper Art Regime Distro. Antaranya ialah ‘Split With Bootaxe-Bllod Brothers Among The Soldier’, ‘Split With Bvrtan-Nightside Eclipse Black Metal’ dan ‘3 Way Split Melodic Black Metal’ Ini sedikit sebanyak membantu nama TOF diperluaskan lagi di luar Negara. “semestinya nama TOF diperluaskan di sana. Malah jika dibandingkan scene di sana ianya amat berbeza sekali. Konsert besar kerap diadakan, semakin maju dan kumpulan di sana aktif disamping mendapat sokongan dari pihak kerajaan di sana yang lebih terbuka”. Ujar Rock Angel dalam memberi pendapatnya tentang persepsi sesetengah masyarakat di sini terhadap muzik black metal terutamanya. Malah menurutnya mereka juga pernah mendapat jemputan bermain di Batam, Indonesia tetapi terpaksa ditolak atas masalah pertukaran line up dan persediaan yang belum sempurna ketika itu.
Pada 7 Januari lepas Triumph Ov Fire telah mengadakan persembahan mereka di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur iaitu di gigs ‘Demonic Chaos’. Ini adalah kali pertama mereka mengadakan persembahan di Kuala Lumpur. Mereka juga telah merakamkan lagu live di gigs tersebut bagi mengeluarkan live album mereka iaitu ‘Live..Fire In Hell City’ bakal diriliskan. “ live album tersebut adalah cenderahati buat peminat TOF yang setia dan juga bertujuan mengurangkan ketegangan terhadap kami menjelang lahirnya ep kedua kami nanti”. Bagi Rock Angel itu adalah persembahan terbaik dan bermakna buat mereka. Nantikan kemunculan Live..Fire In Hell City’ ini, split album dan ep ‘Pure Serphent Misanthropic’ dari mereka. “dapatkan ep pertama kami ‘In The Name Of Black Principle’ yang masih lagi ada dan nantikan juga ep terbaru kami. Terima kasih atas temuramah ini dan aku sangat menghargainya. ” Rock Angel mengakhiri. Hubungi mereka di trooperartregime@ymail.com atau layari facebook.com/pages/Triumph-Ov-Fire/370729799099, reverbnation.com/triumphovfire666, dan myspace.com/triumphovfire.