Triumph Ov Fire Is A Melodic Black Metal Band From Malacca Currently Active In Seremban Malaysia. Formed In 1/1/2010. Try To Bring Some Innovation In Malaysian U/Ground Scene. This Band Has Been Through Numerous Lineup Changes Over The Years. Rock Angel Are The Only Founding Member Remaining.
Genre : Melodic Black Metal
Lyrical :Disolation, Misanthrophy, Cosmic
Origin :Malacca (Malaysia)
Formed In :1st Ov January 2010
Current Label :Trooper Art Regime Production
Sunday, August 12, 2012
Unpublish from Unknown
Triumph
Ov Fire (TOF) sudah meniti perjalanan kini untuk usia selama dua tahun
lebih. Walaupun masih dianggap baru tetapi mereka begitu giat aktif
dalam meriliskan material. Rock Angel adalah vokalis yang masih bersama
TOF setelah berlaku beberapa pertukaran line up sebelum ini. Ditubuhkan
dari Melaka pada awal tahun 2010 dengan memulakan promo lagu mereka
iaitu “Story Of Your Roses” dan “Meditation”. Kemudian menyertai ‘Sounds
Of Anatasha Compilation’ dan terus disusuli ep pertama mereka iaitu ‘In
The Name Of Black Principle’. Berbekalkan melodic black metal yang
dibawakan mereka selari dengan imej yang ditampilkan, TOF terus
melancarkan pula DVD ‘Where The Journey Begins’ yang memaparkan sejarah
penubuhan dan rakaman persembahan awal mereka bagi memperkenalkan lagi
Triumph Ov Fire terhadap peminat mereka pada tahun berikutnya. Kemudian
sekali lagi menyertai ‘Born In Darkness Compilation Vol 4’. Pada tahun
yang sama mereka mengeluarkan kembali ep pertama mereka ‘In The Name Of
Black Principle’ untuk edisi keduanya setelah edisi pertamanya habis
dijual. Memuatkan juga tiga lagu bonus iaitu “Circle Ov The Tyrant” dan
dua lagu lama promo awal mereka tersebut.
Terkini Triumph Ov Fire
yang dianggotai oleh Rock Angel (vokalis), Erik 666 (gitar), Tetrasiel
(gitar), Jaadi (bass), Black Orchivus (keyboard), dan Leviathan (dram).
Bakal meriliskan ep kedua mereka yang diberi judul ‘Pure Serphent
Misanthropic’ pada tahun ini dan sudah memulakan beberapa rakaman lagu.
Menurut Rock Angel lagu “Intro”, “Triumph Ov Fire”, dan sebuah lagu yang
belum diberi judul telah pun dirakamkan antaranya. Apabila ditanya
mengenai kelainan yang bakal ditampilkan dalam ep kedua ini, ianya masih
mengekalkan melodic dalam muziknya tidak seperti sebelum ini yang lebih
ke arah atmospheric black metal. “perubahan yang ketara adalah dari
segi sound dan penulisan lagu dan sudah pastinya liriknya ke arah evil
dan pasti terdapat kekeliruan peminat terhadap TOF” Jelas Rock Angel.
Malah menurutnya lagi lirik mereka agak berbeza sebelum ini dan apa yang
penting adalah keberaniannnya dalam mengajak pendengar berfikir dalam
setiap lagu yang akan diperdengarkannya nanti. Tahun ini juga mereka
bakal menyertai dan mengeluarkan beberapa split album bersama beberapa
kumpulan dari Malaysia, Indonesia, dan Singapura yang akan dikeluarkan
oleh label mereka Trooper Art Regime Distro. Antaranya ialah ‘Split With
Bootaxe-Bllod Brothers Among The Soldier’, ‘Split With Bvrtan-Nightside
Eclipse Black Metal’ dan ‘3 Way Split Melodic Black Metal’ Ini sedikit
sebanyak membantu nama TOF diperluaskan lagi di luar Negara. “semestinya
nama TOF diperluaskan di sana. Malah jika dibandingkan scene di sana
ianya amat berbeza sekali. Konsert besar kerap diadakan, semakin maju
dan kumpulan di sana aktif disamping mendapat sokongan dari pihak
kerajaan di sana yang lebih terbuka”. Ujar Rock Angel dalam memberi
pendapatnya tentang persepsi sesetengah masyarakat di sini terhadap
muzik black metal terutamanya. Malah menurutnya mereka juga pernah
mendapat jemputan bermain di Batam, Indonesia tetapi terpaksa ditolak
atas masalah pertukaran line up dan persediaan yang belum sempurna
ketika itu.
Pada 7 Januari lepas Triumph Ov Fire telah
mengadakan persembahan mereka di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur iaitu di
gigs ‘Demonic Chaos’. Ini adalah kali pertama mereka mengadakan
persembahan di Kuala Lumpur. Mereka juga telah merakamkan lagu live di
gigs tersebut bagi mengeluarkan live album mereka iaitu ‘Live..Fire In
Hell City’ bakal diriliskan. “ live album tersebut adalah cenderahati
buat peminat TOF yang setia dan juga bertujuan mengurangkan ketegangan
terhadap kami menjelang lahirnya ep kedua kami nanti”. Bagi Rock Angel
itu adalah persembahan terbaik dan bermakna buat mereka. Nantikan
kemunculan Live..Fire In Hell City’ ini, split album dan ep ‘Pure
Serphent Misanthropic’ dari mereka. “dapatkan ep pertama kami ‘In The
Name Of Black Principle’ yang masih lagi ada dan nantikan juga ep
terbaru kami. Terima kasih atas temuramah ini dan aku sangat
menghargainya. ” Rock Angel mengakhiri. Hubungi mereka di
trooperartregime@ymail.com atau layari facebook.com/pages/Triumph-Ov-Fire/370729799099, reverbnation.com/triumphovfire666, dan myspace.com/triumphovfire.
No comments:
Post a Comment